Mantera Teknik SEO Merah Jambu

MANTERA-TEKNIK-SEO-MERAH-JAMBU

Mantera panggil duit! Jampi serapah asli yang membolehkan anda kaya kurang sikit dari Ahmad Albab. hahaha. Duit? siapa yang tidak mahu duit? para blogger tegar yang baru berkecimpung mahupun blogger kacak dan cun yang telah lama berkecimpung dalam dunia adiwira… eh.. blog/ website pasti mahukan ‘sesuatu’ dari blog/web mereka…Iaitu pengunjung yang ramai dan mahu menjadikan mereka sebagai bakal pembeli, rakan kongsi atau mungkin mengklik iklan berbayar diblog anda. Betul kan? buat duit dengan blog…

Awan berarak membawa hujan,
Rintik hujan lebat menimpa,
Merah jambu kitab titan,
Mantera SEO bertimpa-timpa!
Hikmat tertinggi : Mantera Jurus Kitab Seo Merah Jambu!

Maka terpasunglah para blogger tanpa dapat mengerdipkan mata tatkala menyaksikan blog mereka menjana wang dengan masyuknya setelah mantera dituntut dan diorak. Daripada sifar menjadi puluh, dari puluh membawa ke ratus, dari ratus membawa ke ribu, asal usaha walau bertongkat dagu! Fuh, menjadi tak bacaan mantera tu? harap tuan punya mantera En.Titan aka AhmadFaizal tidak marah bila aku kongsikan mantera ni…

KENAPA PERLU MANTERA JURUS KITAB SEO MERAH JAMBU?

Ini adalah antara hikmat tertinggi dalam ‘dunia pertarungan’ blog di alam siber. Semakin tinggi kadar pengunjung, tinggi kedudukan blog di enjin carian pakcik Google dan Yahoo, maka semakin hebatlah anda sebagai seorang pendekar blogger dan lebatlah juga hasil yang boleh dituai. Pendapatan blogger tegar yang tahap pendekar super ada yang cecah ribuan ringgit sebulan, kalau yang sudah sampai ke tahap pendekar lagenda, nah..bayangkan…

Bagaimana? Jangan tanya lagi… Ilmu ini perlu dituntut dan diamalkan. Tidak ada penyimpangan dan unsur khurafat!

Tiba masa jana duit dengan blog anda, hayati dan pelajari…

Mantera Jurus Kitab SEO Merah Jambu. Aplikasikan di blog / web  anda… dan lihat hasilnya!

TIPULAH!

Bukankah anda sudah membaca entri ini sehingga ke ayat ini? Mantera aku sudah berhasil. kalian terpukau! hahaha

Baiklah… aku juga seorang blogger yang dulunya tegar, lepas tu sedikit bertagar, dan sekarang kembali segar. Berkecimpung seawal 2005, dengan blog yang berbagai-bagai dan kemudiannya mengambil keputusan untuk serius berblog dengan domain sendiri. Syukur, hasil daripada blog dan web bolehlah memberikan ketenangan dan kelegaan.

Jangan tunggu lagi! Jangan sampai si gadis manis tersenyum sinis sambil makan cendol…errr…ada kaitan? hehehe.

[MANTERA JURUS KITAB SEO MERAH JAMBU] <– KLIK Untuk Dapatkan EBook

 


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *