Tragedi MH17 | Ratapan Pilu

TRAGEDI-MH17-

Terkejut… itu reaksi awalku. Sebenarnya sebelum mahu melelapkan mata lewat semalam , aku langsung tidak tahu mengenai tragedi ini. Telefon bimbit tidak menjadi peneman setia kelmarin, ada misi yang perlu diselesaikan. Sebelum menetapkan jam lonceng untuk berbunyi sebelum sahur , aku merajinkan diri memeriksa mesej di Whatsapp, ya..aku tahu tentang perkara ini melalui rakan-rakan di medium itu. Mata yang mulanya kuyu kembali segar… nah… apa sudah jadi Malaysia? itu bentakku…

TRAGEDI-MH17-mayat-mangsa

Aku bergegas kembali ke bilik, menghidupkan semula komputer dan mencari kesahihan berita. Benar… dan ianya benar mengejutkan. MH17 dikatakan ditembak lalu jatuh terhempas di Ukraine. Segera aku mengemaskini info di portal berita, khabarkinabalu.com. Maklumat datang bertubi-tubi. Ada juga yang menangguk di air keruh, menyebarkan berita, video dan gambar-gambar palsu. Kenapa sampai begitu sekali? manusia…oh manusia….

TRAGEDI-MH17-mayat-mangsa-mati

Sedih bila melihat foto mayat mangsa nahas MH17 yang bergelimpangan. Sedih bila baca berita tentang seorang pensyarah UMS yang dikatakan berada di atas kapal tersebut bersama anak kecilnya… SEDIH!

Bayangkan kita berada beberapa ribu kaki di udara, kemudiannya kapal terbang bergegar akibat impak tembakan roket. Jeritan menenggelami panik, gamat rasa luruh jiwa. Saling memandang antara orang tersayang. Tangan dipegang erat. Hanya doa yang mampu dilafazkan. Ya…walau apa pun anutan agama.. doa itu pasti. Kapal mula bergetar dan melayang diudara. Angin mula masuk menderu, kapal terbang sudah patah sayapnya, sebahagian dari kapal sudah terdedah di langit biru. jeritan di ketinggian 30 ribu kaki… Ada yang sudah hilang nyawa, tubuh longlai dibuai junaman ke bumi. Pejam mata… hitam…

Salam takziah kepada semua ahli keluarga penumpang MH17

Nota:

aku orang punya hati…


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *