Tak Kenal Maka Tak Cinta

tak-kenal-maka-tak-cinta

Masihkah ada jurang antara kita? Dalam hidup kita seharian, rutin demi rutin yang dilakukan saban hari kadangkala menyebabkan kita seperti ‘alah’ atau ‘dibius cinta’ …eh! Ya.. maksud aku, kita seperti hanyut dalam kesibukan dan ‘kebiasaan’ itu sehingga terlupa satu proses penting dalam sesuatu perhubungan. KOMUNIKASI.

Orang kata, teknologi pada hari ini membolehkan komunikasi itu berlaku dengan lebih lancar lagi. Mahu berbual bersama kawan, telefon sahaja… mahu melihat keadaan anak di perantauan, buat sahaja panggilan video. Banyak perkhidmatan dan kemudahan yang membolehkan semuanya menjadi realiti. Tetapi jangan pula sampai, hendak berbual bersama isteri pun guna panggilan video, sedangkan duduk hanya sebelah menyebelah…

Ya.. komunikasi juga ada seninya. Bukan setakat, hai hai …bye bye….

tak-kenal-maka-tak-cinta2

Mesti kita selalu dengar ini, kalau sudah duduk semeja berjumpa rakan atau saudara mara, berbuallah secara lisan dari mulut ke mulut… bukannya masing-masing ketawa berdekah melihat telefon pintar masing-masing… tahulah telefon tu mahal! hahaha… Abang pakai 3310 lagi

Memang… orang kata, takut ada panggilan penting. Ada mesej masuk, nanti tak dengar… nanti hilang peluang perniagaan… tapi bagaimana jika hilang sahabat, saudara dan orang tersayang? Janganlah sampai mereka rasa kecil hati dan jauh hati. Kalau sudah ada yang merajuk, ada tak yang nak pujuk?

tak-kenal-maka-tak-cinta3

Mungkin, kita ini selalu perlu dimotivasikan. Kerana apa bila kita sentiasa bermotivasi, setiap hari yang dilalui pasti akan lebih ceria dan ‘hidup’!

Kalau hendak mencari-cari buku motivasi dan perkara-perkara yang boleh memotivasikan diri…

nah.. cuba lihat Ebook ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta” karya Hasrizal Abdul Jamil~ Saifulislam.com

Nota:

Mulanya hendak menjadikan gadis Peugeot CDM25 sebagai modal utama untuk bicara motivasi hari ini, tetapi…cukup-cukuplah dia dibuli oleh pengguna media sosial. Mungkin Kiki perlu membaca buku ini.

Baiklah… Assalamualaikum..

 

 


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *