Hebat | Kita Semua Superman

kita-semua-superman

Assalamualaikum dan selamat awal pagi…

Kita semua Superman ! ( anggap sahaja lelaki dan perempuan sama ya ) . Nanti aku letak gambar supergirl, gadis yang comel di sini dengan bentuk S di dada ada pula yang kata aku promosi benda lain. hahaha.

Ok. Berbalik kepada superman. Ala, mesti suatu ketika dahulu kita pernah ikut kursus atau dengar ceramah motivasi. Kita semua juara! kerana apa? kerana dari berjuta-juta sperma yang berjuang untuk hidup kita akhirnya berjaya bertemu cik ovum dan akhirnya disenyawakan… menjadi kita yang ada sekarang. Proses persenyawaan yang agak kompleks. Tak perlulah aku huraikan.. kan? Bila dah disenyawakan dan bernyawa pasti orang tua kita mahu kita menjadi seorang anak yang cerdas. Apa sahaja perkataan pertama yang keluar dari mulut kita (bayi) pasti membuatkan mereka gembira alang kepalang.

Kenapa pula aku bercerita tentang superman? Aku tidak pasti tentang kamu (pembaca… jika ada), memang dari kecil kita pasti minat cerita tentang adiwira, hero atau superhero. Berangan-angan untuk mampu terbang tinggi diangkasa, mengeluarkan api dan laser dari tangan..bzzz…bak ultraman…. atau yang lebih klasik, bertukar menjadi Suria Perkasa Hitam dan Gaban. yang itu lelakinya, yang perempuan pula pasti mahu menjadi seorang puteri, ikan duyung (hairan…), puteri…dan puteri…eh tak ada lain? betulkan saya jika ada salah. Sewaktu kita kecil itulah kita menjadi wira dalam pembikinan atau ‘hero in the making’.

Bagi yang muslim, menjadi hero sewaktu di sekolah agama rendah dahulu juga merupakan satu impian. Cepat membaca jawi, belajar bahasa arab, mengaji dan menghafaz Al-quran. Sejuk perut ibu mengandung bila anak yang dilahirkan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Kita kan hero!

Tetapi bila kita menginjak remaja dan dewasa, ada di antara kita yang superman nya sudah lain. Kerana apa lain? Seperti kita sedia maklum, superman itu seluar dalamnya diluar, ehemmm… kecuali superman versi baharu, tak ada seluar dalam…eh, maksud saya tak ada seluar dalam di luar, mungkin dia pakai didalam.mungkin…

Golongan superman (seluar dalam di luar) – Sifat hero dan keperwiraannya itu terlebih. Terlebih berani melakukan kerosakan terhadap diri sendiri. Terlibat dengan segala macam permasalahan dan gejala sosial, terlupa akan insan-insan yang pernah melahirkan dan menjaga, menyuapkan nasi ke mulut mereka. Kenapa di lupa pengorbanan ibu bapa? Itu belum lagi saya cerita tentang gadis yang tidak berseluar dalam. Nahas! ok maksud saya, seluar dalam ada tapi dipamerkan diluar. Jangan bayangkan… kita puasa.

Golongan superman (seluar dalam di dalam) – Sifat heronya berkekalan, membantu orang penuh setia. Yang susah dibantu, yang tua dihormati, yang lawa dan kacak disayangi. Ini bias…tidak betul. Semua kena sayang. hehehe…

Tetapi superman juga ada kelemahannya walau sebaik mana pun dia. Kelemahannya terletak pada kryptonite. Pasti ada sahaja yang tak kena. Umpamakan sahaja kryptonite itu sebagai cubaan dan dugaan hidup. Kadangkala kita lemah dan tersungkur jatuh… tidak berdaya. Itulah waktunya kita perlukan Lois Lane atau lebih comel lagi Lana Lang, umpamakan sahaja mereka sebagai orang yang kita kenali dan kita sayang. Komunikasi dan bantuan dari mereka inilah kita akan dapat kembali bangun dan menjadi hero semula.

Perhubungan atau komunikasi sesama orang yang kita sayang ini haruslah kita jaga. Seperti superman menyayangi ibunya Martha Kent.

Tak kenal maka tak cinta. Sebagai seorang hero, kita harus berkomunikasi dan mengenali semua yang ada di persekitaran kita. Tegur dan sapa dengan senyuman.

Ingat. Kita semua superman. Jangan sia-siakan ‘kuasa’ yang kita miliki. Buat baik itu lebih baik daripada buat-buat baik.

Nota :

Agak panjang entri kali ini, mungkin sebab agak lambat sedikit untuk mengetuk keyboard. Menunggu perlawanan final Piala Dunia 2014.

Prediksi perlawanan? pastinya Jerman aka Germany menewaskan Argentina. 3-2 … mungkin?

Kita lihat saja nanti.

prediksi-argentina-germany


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *