Dulu Gemuk Sekarang Kurus

tips-kurus-rahsia

Topik ini mungkin agak sensitif kepada mereka-mereka yang berhati waja. Sebagai orang… aku mengaku, berat badan aku juga sudah naik daripada 65kg ke 80kg tidak berapa lama dahulu. dan berat badan aku kini hanyalah ___ kg … eh tertinggal digitnya… hehehe. Kurang mungkin atas beberapa faktor. Tepi sikit tumpang lalu,yang lalu jadi yang lalu, apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu…eh macam lirik lagu!

Tidak boleh dinafikan pemakanan memainkan peranan penting dalam isu yang agak mencabar ini. Jejaka-jejaka berbadan sasa dan gadis-gadis berbadan sasa…mmm… pastinya tidak mempunyai masalah tentang ini. Jadi persoalannya, bagaimana untuk menjadi kurus atau ayat baiknya, apa dia tips dan rahsia untuk mengurangkan berat badan?

JAWAPAN MUDAH | JANGAN MAKAN LANGSUNG !

ok, jawapan itu agak sinikal… walau ada yang mempraktikkannya… itu tidak sihat.

Kita memerlukan diet 80% makanan seimbang nutrisi dari sayur segar atau jus, bijirin, kekacang, oat dan buah-buahan dalam badan. Manakala 20% lagi adalah dari makanan yang di masak. Makanan segar membantu menyisihkan lemak dalam badan dan menghasilkan se-sel sihat. Kita juga digalakkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar 3 kali sehari.

Kurangkanlah pengambilan daging merah yang merupakan makanan berasid seperti daging lembu, ngok-ngok (babi) dan sebagainya. Lebihkan makan makanan yang kurang asid seperti ikan segar dan ayam.

Elak daripada mengambil kopi, teh dan coklat berlebihan kerana ianya mengandungi kafein (caffeine). Bukan tak boleh minum, tapi jangan sampai 10 cawan sehari.  Gantikan dengan minuman teh hijau sekali sehari. Minum air bersih yang dimasak atau air tapisan (mineral water) lebih 8 gelas sehari.

Contohnya di bulan Ramadhan ini, jangan minum air terus daripada paip, ini amat merbahaya kerana air paip mengandungi banyak asid yang bernama klorofin. Adik-adik,..tak baik ponteng puasa!

Gemuk juga berpunca daripada minda, fizikal dan emosi yang tidak stabil seperti stress dan ketegangan dalaman. Yang ini, susah sikit nak cakap… ada juga yang gemuk tapi bebas tekanan, ada yang kurus tetapi banyak tekanan… tetapi kuncinya tetap sama… Minda, Fizikal Dan Emosi kena stabil, caranya? kita bincangkan dalam entri mendatang.

Bagaimana? Sudah kurus selepas membaca artikel ini? Takkanlah begitu senang..kan…

 Jika anda berminat bolehlah mendapatkan / download ebook

Link : [Rahsia BudaK Gemuk Hilang 20kg Dalam 5 Bulan]untuk lelaki katanya….gadis manis pun boleh cuba.

Link : [Jom Langsing] untuk gadis katanya… abang manis pun boleh cuba…errr

hilang-25kg-5bulan


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *