Salam Ramadhan | 1435 H

Assalamualaikum dan salam Ramadhan 1435 H.

Akhirnya berjaya mengemaskini blog yang satu ini. Lama benar. Entri terakhir adalah pada bulan Januari.

Persoalannya masih sama… seperti di penghujung entri di bulan Januari yang lalu.

“Misi aku ? Mencari rentak. Mengejar konklusi. Takuk ini terasa sedikit perit. Syukur, memang cukup… tetapi tetap sahaja ada impian dan cita yang mahu di capai. Ada kemahuan dan kehendak yang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk orang-orang tersayang.

Kadang tiba-tiba terbeban dengan persoalan yang tiba-tiba muncul terpacul…
“Sudah hidup suku abad… dimanakah aras pencapaian dan kejayaan diri?”

Ahhh… sungguh menghambat rasa.”

Cuba soal diri…

Nota:

Sebentar nanti mahu lelapkan mata.

Gejala otak ligat harus juga dibendung. Mata seperti tak mahu tutup.

Tapi nanti ‘motherboard’ rosak… hahaha… oleh itu harus rehat.

Esok sambung. Insya Allah seusai sahur.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *