Misi Kita | Mengunjar Rezeki

Hari Ahad.
Sejujurnya aku lebih suka menghabiskan waktu hujung minggu sebegini bersama keluarga.
Bukan juga merintih tentang kerja yang perlu dibuat pada hujung minggu. Cuma… kerja yang perlu dibuat itu, seperti tidak produktif dan membazir waktu. Tugas yang boleh dilakukan langsung secara terus oleh mereka yang sepatutnya.
Aku tidak kisah untuk bekerja lebih waktu atau di hujung minggu, tetapi biarlah tugas yang hendak dilakukan itu benar-benar perlu dan logik.

Hari ini berkesempatan menghadiri acara di Tingkat 3, Suria Sabah, sesi pasukan Bola Sepak Liga Premier Sabah bersama penyokong. Bersemangat dan beraura. Syabas kepada pihak penganjur. Moga Sabah dapat menjadikan Misi Kita untuk kembali ke Liga Super menjadi realiti. Badak harus mengamuk!

Misi aku ? Mencari rentak. Mengejar konklusi. Takuk ini terasa sedikit perit. Syukur, memang cukup… tetapi tetap sahaja ada impian dan cita yang mahu di capai. Ada kemahuan dan kehendak yang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk orang-orang tersayang.

Kadang tiba-tiba terbeban dengan persoalan yang tiba-tiba muncul terpacul…
“Sudah hidup suku abad… dimanakah aras pencapaian dan kejayaan diri?”

Ahhh… sungguh menghambat rasa.

Cuba soal diri…

Azan Maghrib baru berkumandang.

1857: Sambung
Melihat kegembiraan Lee Chong Wei yang berjaya mengatasi Sugiarto 21-19, 21-9. Juara Terbuka Malaysia 2014.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *