Sepuluh Hari Telah Berlalu

Sepuluh hari telah berlalu, dan aku masih terkapai-kapai. Betul, ia masih baru dan aku tak punya pengalaman dengan WP, tetapi aku tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan. Mungkin aku boleh letakkan kesalahan di atas talian internet yang menjadi perlahan kerana telah mencapai kuota penggunaan 10gb sebulan. ALASAN !

3 tahun telah berlalu, dan masih di takuk yang lama. Kenapa sukar untuk berubah? Sering terkandas di tengah jalan. Hati yang lemah atau semangat yang tidak kuat?.  Harus segera mencapai konklusi. Perlu pantas mencapai klimaks. Tidak boleh terus begini, kerana akhirnya aku sendiri yang akan kecundang.

Ter-Tonton sinetron “Tasbih Cinta”, rasa diri seperti Jojo… yang cuba menagih semula cinta dan kepercayaan dari Bella. Benar, hidup penuh dengan dugaan dan cabaran. Kekuatan dan keazaman perlu digaul secukup rasa. Mengharap punya jiwa seperti Saifudin, Laksamana dalam tetralogi Bagaikan Puteri. Tenang…

Harus pantas mengunyah, tapi jangan gelojoh… nanti tercekik.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *