Cerita Kedua Di Hari Yang Sama

Menanti langit malam kerana mahu menatap hamparan indah butir-butir bintang di angkasa. Kalau dapat aku terbang, mahu aku nikmati terangnya purnama dan kerlipan bintang dari atas sana… terbang bebas digomoli bayu malam. Indah itu pasti.

Hakikatnya, aku seperti kamu, tidak punya sayap untuk terbang, apatah lagi mantel istimewa yang mampu membuatku melayang. Hanya manusia biasa tanpa kuasa istimewa. Elok begitu, kerana kuasa manusia selalu hilang pertimbangan. Baik begini dalam keterbatasan, semuanya harus dipercaturkan dengan molek untuk mencapai klimaks.

Otak masih bekerja keras, mencerna semua data agar ruang penceritaan ini dalam keadaan teratur, menarik dan berfungsi. Tidak boleh berlengah lagi, sesuatu harus dilaksanakan. Tujuh harus klimaks. Tujuh harus punya penghujung. Bara dendam…


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *