Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
CALON YANG LAYAK MEMOHON
(i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah Pertama.
(ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah melengkapkan sekurang kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Diploma.
SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon mestilah memenuhi syarat permohonan seperti berikut:
Syarat –Syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur belum mencapai 25 tahun pada tarikh permohonan (26 tahun bagi pelajar peralihan);
(iii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
(v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama;
dan
(vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
Syarat- Syarat Permohonan Program Diploma Dalam Negara
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur belum mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan (22 tahun bagi pelajar peralihan);
(iii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
(v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Diploma; dan
(vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
CARA MEMOHON BIASISWA JPA PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA BAGI TAHUN 2015
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 18 Mei 2015 (Isnin) hingga 24 Mei 2015 (Ahad).
Mulai tarikh iklan ini disiarkan, calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan. Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperolehi di laman web
http://www.jpa.gov.mydan http://esilav2.jpa.gov.my
KEPUTUSAN BIASISWA JPA PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA BAGI TAHUN 2015
Keputusan biasiswa ini dijangka diumumkan pada bulan Julai 2015.
Rayuan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui
http://esilav2.jpa.gov.my
dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Sebarang rayuan selepas tamat tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
PERTANYAAN / SOALAN BIASISWA JPA PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA BAGI TAHUN 2015
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi
03-8885 3541/ 3453/ 3552.
Talian-talian telefon ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi
03-8885 3049 (10 talian),
pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
atau melalui e-mel di alamat
pidn2015@jpa.gov.my
sumber: JPA
Leave a Reply