Blogger Didakwa Bunuh Anak Dengan Garam

BLOGGER-DIDAKWA-BUNUH-ANAKTerkejut bila terbaca berita ini tadi… Seorang blogger didakwa bunuh anak dengan garam. Pelik, tetapi ianya benar-benar berlaku.

Lacey Spears, seorang blogger didakwa terlalu obses dengan blog dan perhatian di media sosial berkaitan penyakit anaknya sehingga sanggup untuk ‘menyakiti’ anaknya dengan sengaja. Tujuannya? mendapatkan simpati secara online…

Blogger berusia 26 tahun dari Kentucky itu, menghadapi pertuduhan ‘depraved murder’ iaitu perbuatan membunuh dengan kejam dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Pendakwaraya mendakwa Lacey telah meracuni anaknya Garnett, yang berusia 5 tahun dengan memasukkan sejumlah garam ke dalam saluran bantuan pemakanan anaknya sewaktu mendapat rawatan di hospital.

Garnet meninggal dunia pada 23 Januari 2014.

Walau bagaimana pun, Lacey mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut. Peguambela menyalahkan pihak hospital di atas kelalaian mereka sehingga kanak-kanak tersebut menglamai hidrasi.
Kes ini masih dalam perbicaraan, blogger ini dijangka membuat rayuan.

BLOGGER-DIDAKWA-BUNUH-ANAK2

KEJAM ? BETUL ? TERDESAK ?
Aku tak boleh kata si ibu bersalah atau tidak. Pokok pangkal cerita aku tidak tahu.
Tetapi menurut berita dan bahan bacaan yang ada, dia memang sengaja buat begitu untuk mendapatkan perhatian dari media sosial.

Sekiranya itu betul. Tindakan dia amat kejam. Sangat terdesaknya orang sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk begitu.

Sekiranya tidak, catatan perjalanan hidup dia bersama Garnett menyedihkan. Kasih seorang ibu tiada taranya.

Kita jadilah orang… kelmarin, hari ini dan esok. jangan pernah berhenti.

sumber: lohud.com

kalau mahu baca
blog si lacey : di sini garnettsjourney.blogspot.com
twitter : twitter.com/garnettsmommy


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *