Lawak GST | Gaji Simpan Tabung

lawak-gst

Lucu ! Fuh… Ahad lalu aku ‘tertengok’ sebuah video pendek yang telah ‘diubahsuai’ oleh orang-orang kreatif di Malaysia ni. Agak lucu, sinikal dan pedas.

Isu yang dimainkan adalah isu terhangat menjelang pelaksanaan GST April ini… termasuk BR1M.

Video asal, adalah klip temubual yang aku kira agak melucukan dengan gelak ketawa si panel jemputan dengan gigi yang kurang.
Kelihatan si penemubual juga tidak tertahan geli hati melihat aksi dan mendengar cara ketawa unik si ahli panel. Lucu.

Apabila ditokok tambah dengan alih bahasa yang kononnya membicarakan tentang GST… pergh! Menjadi…

Cakap banyak mungkin tak guna, elok rasanya lihat dulu video itu dan berikan komen anda. Hahaha

lawak-gst-br1m

Nota:
Video aku kutip dari You Tube, siapa pemula / pembikin / pengeditnya itu aku tak tahu. Ada yang mahu mengaku?

lihat dan hadam video ini dari sudut hiburan. Sarkastik tetapi menarik. ^_^

Nota: Tak ada kaitan dengan video di atas.

Kena kerja lebih. Tak ada gaji rasmi untuk bulan ini. 5 bulan tanpa Gaji Rasmi…

Alhamdulillah ada rezeki di cabang lain. Bersyukur walau dikira masih kurang cukup untuk perbelanjaan bulanan.
Terima kasih Google.
Terima kasih Jobdirumah (cuba kalau berani ! Klik)

Kena gigih lagi.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *