Alamak ! Gemuk Lepas Raya

Salam Syawal.

Semangat Raya masih melekat! Al-maklumlah, cuti yang lama dan kemudiannya berkumpul dengan sanak-saudara. Bergurau senda, gelak ketawa, bertukar cerita dan ada sahaja adegan menarik sepanjang kebersamaan.

Yang paling hebat adalah makanan di musim perayaan ini. Macam-macam!.

Ketupat, kolupis, lemang, rendang, sup , soto, rojak, dan macam-macam lagi seperti kambing panggang… err…ini sensitif. Ada baca tak berita tentang kejadian maut selepas makan kambing panggang berlebihan…

Baiklah, kali ini bukan hendak bercerita tentang makanan. Cukup-cukuplah kan… tapi, kalau ada… mahu juga makan! hahaha

gemuk-lepas-raya

BERAT BADAN NAIK !

Nah, berat badan naik selepas Aidilfitri. Apa tidaknya, dari rumah ke rumah, tak cukup sepinggan. Tambahan pula juadah yang dihidangkan dalam kategori ‘rare’ aka istimewa dan unik, jarang-jarang dimakan dan dihidangkan kecuali musim raya.

Bila balik kerja ada baju dan seluar yang sudah tak boleh dipakai.

Rakan sekerja yang nakal pun mula menegur ‘keseksian’ anda. Lebih spesifik… perut anda. Seksi sangat!

Terlajak perahu boleh undur, terlajak makan… boroi, babat dan gemuk lah jawabnya. Gemuk agak ekstrem, kita pakai istilah tembam… comel sikit… hehehe.Tepi sikit.

Jangan khuatir. Pasti ada jalan penyelesaiannya untuk mendapatkan semula tubuh badan yang sasa dan menggiurkan… atau lebih elok saya cakap kurus, ramping, langsing dan umumnya tak gemuk.

Anda perlu baca ebook ini –> Rahsia Badan Langsing

Siapa yang tidak mengidamkan susuk tubuh seperti Aaron Aziz dan Rozita Che Wan? Ok, sila positif jangan kembangkan pemikiran anda ke arah yang salah. Sabar…

Bagaimana dengan anda? Siapakah yang menjadi ‘idola’ atau ‘sumber inspirasi’ untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan baik ?

Atau anda dalam kategori, banyak makan pun masih tetap ‘maintain’ berat tak naik. Ada rahsia tak?

Tapi kalau sekategori dengan saya, asal makan berlebihan, maka berat pun naik … kita perlu pelan kecemasan sebelum yang lebih ini bertambah lebih dan tidak berkurang. Sebelum saiz seluar bertambah beberapa inci, sebelum awek sebelah rumah tegur ‘six pack’ kita, sebelum jejaka kacak menegur ‘comelnya’ anda.. .sebelum obesiti menjadi masalah…

bertindak!

download panduan ini dan amalkan

–> Formula Kurus [Untuk Lelaki… Gegirl pun boleh!]

–> Rahsia Badan Langsing

Rasa lapar pula… ada satay tak? hehehe


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *