2014 | Tahun Baharu

8… Hanya 8 sahaja catatan yang telah aku coret di akuorang.com sejak Mei 2010. Ganjil? Aku sendiri hairan. 3 tahun lebih dan hanya lapan coretan?. Pelik. Hilang arah tuju… hilang motivasi… atau angkara bilangan blog / web yang lebih dari satu membuatkan aku hilang fokus dengan objetkif, misi dan visi setiap satu darinya. Berselirat.

Oh ya… Selamat Tahun Baharu.

aku petik catatan aku untuk entri kedua 7 Mei 2010;

“Hakikatnya, aku seperti kamu, tidak punya sayap untuk terbang, apatah lagi mantel istimewa yang mampu membuatku melayang. Hanya manusia biasa tanpa kuasa istimewa. Elok begitu, kerana kuasa manusia selalu hilang pertimbangan. Baik begini dalam keterbatasan, semuanya harus dipercaturkan dengan molek untuk mencapai klimaks”

Kadangkala bila aku sendiri menatap hasil tulisan yang aku buat dalam tempoh beberapa tahun lepas, aku seperti keliru dan terkejut. Susunan ayat , kosa kata dan mesej yang aku cuba sampaikan… macam bukan aku? atau bukan aku yang hari ini… itu adalah aku yang mencatat sesuatu pada masa yang lalu…

Baiklah… beberapa kali aku sendiri pernah tulis tentang ini…”Sesuatu harus berubah”

Tahun lalu aku telah mengambil tindakan berani dengan ‘Hijrah’… Walau berat hati, tetapi itu mungkin langkah yang perlu agar ‘aku’ berkembang dan mempunyai sisi pandangan yang baharu.

Adakah tahun ini akan berlaku lagi penghijrahan? Kena berani… tunggu.

Akuorang.com ? perlu ada perubahan dan pembaharuan yang signifikan.

Salam Januari 2014.

nota: …

 


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *